Saturday, February 25, 2012

i miss you 90s - chapter5

chapter 5

#1996

Sebaik saja masuk ke kelas, aku dikenalkan dengan guru kelas, Cikgu Shimah, nama penuhnya Hashimah. Wajahnya ada iras Salma Hayek, orangnya tinggi, bertudung litup. Bukan orang lain pun, kenalan baik bapak aku. Mereka pernah mengajar bersama di sebuah sekolah. Itulah sebabnya aku di rekomen untuk masuk ke kelasnya. Mukanya hitam manis, macam orang penang. Cara cakap pun ada loghat belah-belah utara. Cikgu Shimah cukup terkenal dengan kegarangannya, melihat wajahnya pun mahu terketar-ketar, apatah lagi menegurnya, cukup lah sekadar memberi salam tanda hormat jika berselisih jalan.

“Nasi lauk ikan 20sen”

“Nasi lauk ayam 30sen”

Aku lihat papan tanda harga yang ditulis harga nasi. Nasi dan lauk sudah sedia diisi di dalam pinggan plastik, lauknya juga sudahpun diasingkan mengikut warna pinggan, biru untuk ikan, oren untuk ayam. Dalam hati aku berfikir, nasi ikan lagi murah, baik beli nasi ikan.

Itulah harga nasi di sekolah pada tahun 1996. Kalau di Shah Alam hari ni, apa yang dibeli menggunakan 20sen. Ais kosong di restoran mamak. Itupun sesetengah kedai mamak harganya 30sen. Harga nasi hari ini Rm1.50, ayam Rm 2.50, tambah kuah, keseluruhannya RM4, tapi tak semua restoran dan kedai makan menjual dengan harga begini, sebabnya ini adalah kategori murah. Paling murah Rm 4.

Aku bayar harga air sirap, 10sen. Nasi lauk ikan, dan air sirap totalnya 30sen. Aku bawa pinggan berisi nasi lauk ikan, tangan kiri memegang gelas berisi air sirap. Mata aku meliar mencari bangku kosong. Aku nampak Firdaus, budak kelas sebelah, bangkunya kosong, masih muat untuk aku duduk. Rumah Firdaus tidak lah jauh sangat dari rumah aku, cuma kami jarang berjumpa, sebabnya ‘geng’ kami berbeza. Aku lebih selesa berkawan dengan Ayu dan Siti, rumah mereka juga lagi dekat, kentut pun bau. Firdaus pula banyak menghabiskan masanya dengan budak-budak penangkap ayam di kampung. Mak aku cakap geng budak-budak penangkap ayam pengotor, tak boleh kawan dengan mereka.


***



#1998


“Umi Hafilda tu la kakaknya Azwan Ali,”

“Azwan Ali dengan Azmin Ali tu adik beradik la rupanya”

Apa yang kecoh-kecoh pasal Azwan Ali, Umie Hafilda Ali dan Azmin Ali? Apa pula kaitannya dengan Anwar Ibrahim? Apa pula yang kecoh pasal reformasi itu reformasi ini?

Itulah yang terngiang-ngiang dalam minda kecilku ketika itu. Umur aku 9 tahun, mana nak faham benda-benda politik ni. Apa pula kaitan semua itu dengan perkataan ‘liwat’?
Ah. Bayangkan betapa ‘stress’nya apabila sesuatu perkataan itu menjadi penghalang untuk kita memahami sesuatu.

LIWAT. Apa maksudnya?

“Dari belakang?,”

“Apa yang dari belakang?,”

“Buat dari belakang la,”

“Buat apa?”

“Buat.”

FULLSTOP.

Tak ada sesiapa pun yang memberi penerangan yang betul tentang liwat. Ini lebih teruk daripada perkataan coli. Segalanya aku cari sendiri. Bayangkan darjah 3, aku cuba mencari maksud apa itu reformasi? Ah!

Hari itu genap 40 hari Teh meninggal dunia disebabkan sakit buah pinggang. Cukup awal untuk seorang gadis yang berusia 18tahun dicabut nyawanya, sudah ajal. Masa hidupnya, dia cukup sukakan makanan-makanan segera, gula-gula, jajan, lagi-lagi ‘super ring’. Pewarna dalam setiap makanan yang disukainya tidak elok untuk dimakan. Doktor mengesahkan dia menghidap sakit buah pinggang selepas mengadu sakit-sakit di bahagian bawah pinggang.

“Ok soalan seterusnya. Siapa timbalan Perdana Menteri kita?,” tanya Fifi.

“Mahathir?,” jawab Uja, adik kepada Fifi, sepupu aku.

“Bukan la,” Fifi mematahkan jawapan adiknya.

“Anwar,” jawab Azie.

“Bukan lah, Abdullah Ahmad Badawi,” Fifi member jawapan betul.

“Eh bukan Anwar ke?,” Tanya Azie kembali.

Aku Cuma menjadi pemerhati. Perkataan liwat mula muncul di mata aku. Sekali lagi aku tertanya-tanya apa yang Anwar lakukan sehingga dia dilucutkan jawatan? Politik cukup sukar difahami dalam umur bawah lingkungan ini.

Celaka.

Ketika wujudnya sekali lagi cerita yang sama, baru aku faham isu liwat yang berlaku pada 1998, sebab kali ini aku dah matang dan boleh berfikir.

LIWAT Episod 2.
Barisan pelakonnya sama.
Dan hari ini aku membayangkan, bagaimana kanak-kanak darjah 3 bertanyakan ibu bapa mereka tentang isu liwat hari ini?

Celaka. Politik SUCKS!

Selesai bacaan tahlil daripada imam, saudara-mara mula berdiri berjalan ke dapur. Mak cik – mak cik aku yang di dapur menghulurkan dulang berisi lauk, kari ayam, gulai ikan, ikan kering berserta sambal belacan. Bab-bab hidang-menghidang nil ah aku paling malas nak ambil port, biarkan lah orang-orang yang lebih tua selesaikannya.

Apa nak kata, kata la.

Aku bersila di sebelah bapak aku, adik aku, Ayah Nik dan anaknya lelakinya. Lauk hari tu Nampak sedap, maklumlah hari 40, lauknya kenalah lebih sedap daripada hari-hari sebelum, itulah yang pernah diberitahu oleh nenek aku apabila diajukan soalan berkenaan. Tapi kadang-kadang aku pelik, perkara-perkara sebegini cukup dititik beratkan oleh orang kampung, padahal akidah tunggang langgang. Aku bukanlah sesiapa untuk bercakap soal akidah, tapi sebelum menyentuh soal sembahyang, puasa, zakat, haji, akidah langsung tak dipandang. Akidah atau dalam kata lain bermaksud ‘attittude’ atau perangai. Pernah sekali aku bertanyakan nenek aku soal surau.

“Kenapa tak pergi surau tu?.”

“Eh, mana boleh pergi surau tu.”

“Kenapa?”

“Itu surau orang barisan.”

Aku mengangguk, berdiam, walaupun akal aku masih tidak bersedia untuk memahami perkara-perkara sebegitu.

Kenapa perlu diasingkan penggunaan surau? Ini surau orang BN, ini surau orang PAS.

Ada beza ke?

Pahala lebih ke?

Apa kalau orang PAS sembahnyang di surau orang BN tak diterima solatnya?

Musykil sial.

Musykil untuk seorang kanak-kanak berusia 9 tahun untuk mencampuradukkan soal agama dan politik ke dalam minda yang masih tidak matang ini. Tradisi sebegini masih diteruskan di sesetengah surau pada hari ini. Entah apa yang mereka fikir.

***

Beberapa orang yang diupah memunggah barang dari dalam rumah, memindahkan ke atas lori yang di sewa. Katil, almari, dapur, termasuklah tong gas yang hampir kosong juga diangkut. Bapak aku sesekali membuka mulut member arahan kepada orang-orang tersebut. Jiran-jiran mulai keluar dari rumah, menjenguk bunyi bising lagaan almari dan katil di dalam lori yang enjinnya tidak dimatikan.
Hari itu hari terakhir aku mendiami rumah itu, segalanya bakal aku tinggalkan, segalanya-galanya, termasuklah memori dan si perempuan berupa lelaki bernama Ayu. Selepas ini tiada lagi badminton, tiada lagi aiskrim pom, tiada lagi telagah mana hebat lelaki-perempuan, tiada lagi si perempuan berupa lelaki bernama Ayu.

“Pindah mana?,” tanya Ayu masih dengan gayanya, tidak berbaju.

“Berangan,” balas aku.

“Kat mana tu?,” tanya Ayu lagi.

“Tak tahu,”aku pantas membalas.

Entah ceruk mana tempat bernama Berangan aku pun tak tahu. Dengarnya, bapak aku membeli sebuah rumah di sana, lebih besar dari rumah ini, sebuah bangle satu tingkat, tidaklah besar dan tidaklah kecil saiznya, muat dan selesa untuk kami satu keluarga, warnanya kuning bercampur putih, jalur garis artistik atapnya berwarna oren, teruja juga untuk berada di rumah baru.

“Pindah betul-betul ke? Dah tak datang lagi?,” tanya Ayu lagi.

“Tak tau, tengok lah kalau abah nak balik, balik lah,” aku membalas.

Aku mengalihkan pandangan sebaik melihat mata ayu mula berkaca, tidak mahu untuk memandang kaca-kaca tersebut, takut nanti pecah.
Mata Ayu mula bergenang, tunggu masa sahaja untuk melimpah. Bagai air ketuban di dalam perut ibu Sembilan bulan mengandung sarat, begitulah matanya. Bibir aku terketar-ketar, tidak tahu apa harus aku ucapkan, tiada skripnya. Aku toleh belakang, berjalan lurus menuju kereta Toyota Corolla Silver. Aku masuk, menutup pintu kereta rapat. Bapak aku sememangnya hanya menunggu aku masuk sahaja untuk berangkat. Kereta mula bergerak perlahan menuju lorong kecil untuk keluar dari kawasan perumahan tersebut. Aku tunduk. Lama juga. Aku kuatkan ego untuk tidak menoleh belakang. Aku rapatkan pejaman mata. Apa mungkin Ayu masih menunggu aku menolehnya? Aku buka mata dan menoleh ke belakang. Aku lihat seorang kanak-kanak hitam manis tidak berbaju, hanya berseluar pendek berlari laju mengejar kereta Toyota Corolla Silver ini. Mulutnya menjerit sesuatu, walau tidak didengar aku tahu jeritan itu memanggil namaku.

Bodoh, itu cuma khayalan. Khayalan ketika mata aku masih erat terkatup rapat. Khayalan ketika ego aku memaksa untuk tidak menoleh belakang. Khayalan untuk merasa bagaimana dicintai walau umurku masih belum masuk peringkat akil baligh pun. Aku tak dapat menahan panggilan mindaku supaya menoleh belakang. Aku buka mata, kemudian memusingkan leherku ke tingkap belakang. Tiada pun kelibat kanak-kanak hitam manis tidak berbaju berlari kearah ku, tiada pun jeritan namaku, tiada langsung cebisan-cebisan daki gadis kecil hitam manis itu, tiada walau bayang-bayangnya.



Kelibat Ayu sudah tiada lagi.






ini Salma Hayek.

4 celoteh:

  1. aku suka cerita kau.. ade pait hidup,, manis jenaka ayat kau,,pait politik di tempat kau.. aku pon ade bende yang same.. just bile aku x faham aku cari gak sampai dapat bende yang bukan2.. bile kat sek.. budak sek aku dlu boleh bertikam lidah pasal politik..sape yg betul.. cam cilake.. aku diam je.. sebab aku mls nak suarakan pendapat.. kang dorang xleyh terima.

    ReplyDelete
  2. tq bro. itu yang aku terfikir, kecik2 dah terpaksa tadah telinga dengar isu-isu politik.. macam liwat tuh.

    ReplyDelete
  3. its all about politic.. every propaganda will be use to attract people attention. klu kat overseas bende ni biase tapi kat mlaysia baru nak start n orang boleh jadi terlalu obsess plak.. hmmmm..

    ReplyDelete
  4. its a memory la bro. Itu apa yg berlaku in 90's. Kalau tak cerita mmg kencing la lu from 90's. kt oversea bnd tu biasa sb diorg amalkan tp kt Msia amalkan ke? Sblm ia menjadi mainstream? haha sorry bro tp gua suka dia singkap memory lama.

    ReplyDelete

pangkah catatan ini

KONGSI DENGAN RAKAN!