Monday, May 14, 2012

angin memberi khabar dari lamunan
benak ada dia
untuk berkata soal cinta
untuk menyoalnya rasa
dengan kalian, dinding dan angin
sampailah satu masa dinding dan angin terkedu
bertanya berhakkah kamu memiliki cinta?
Jika hanya untuk merasa bukan untuk setia

Semput..
Nafas semput aku dengan goyangan
Kenapa masih bercakap dengan bayang-bayang
sedangkan tahu ianya palsu… aku mahu pandang ke arahnya terang.

awan hitam mengusir raja raja pharaoh mangkat
Ada sang bulan yang masih setia
Aku saksi bumi terkubur
Namun Ada cinta yang belum binasa.

Dan ada cinta
kerana ada nya dia.

Friday, May 11, 2012

"If yesterday was hell, let it burn"

***

"Jika semalam seperti neraka, biarkan ia terbakar"

***

Thursday, May 10, 2012

Mengomel dalam insomnia

Senaknya otak bila badan penat, tapi mata tak mau lelap.
Insomnia aku ni dah sampai level bahaya dah ni,
(Mungkin patut ambil pil). Atau mungkin benar aku terlalu banyak berfikir.
Iya, benar. Benar aku banyak berfikir, tapi ketahuilah aku berfikir bukan untuk aku, tapi untuk kita (duhai sejiwa). Eh ini bukan kisah emo, ini cuma kisah carut dalam kelam insomnia. Aduh dah berapa lama aku alami benda ni, seksanya. Lena lah duhai mata, lena, lena tolong dikau lena.(Omong kosong mata makhluk bisu)


#mahu tidur tapi mata tak mahu lelap, celakanya

Ini ada satu tulisanku, lupa pula tarikhnya bila ditulis. Aku mau tidur, tolong tidurkan aku sang bulan.


***


Tolong tidurkan aku sang bulan

Deru angin rancak
Singgah ke rambut
masuk ke benak
Cerita manusia
singgah ke telinga
rancak sampai pekak

deru angin rancak
singgah cerita bawa berita
Bawa cerita singgah derita
terbang bersama
berubah jadi udara

-bukit raja

Wednesday, May 2, 2012

Oisheh, bizi bebenor sejak akhir-akhir ni. Tadi ada berita baik pasal sponsor untuk projek indie-film (yang bakal shoot pada 20 mei), sponsor katering dah di-confirmkan. Kami dapat 11 hari, 4 kali makan. (Amboi, selalu 2kali je satu hari makan)

Alhamdulillah lepas satu, satu berita cantik datang. Minggu lepas aku dan para-sejiwa, juga Wan Badai Semalam dan Ameerul Affendi, bertemu Dain Said (pengarah Dukun dan Bunohan) bincang pasal ni, Dain mahu tolong kami sebagai advisor atau penasihat projek ni. Punya la aku excited masa lepak rumah dia itu hari (maklumlah kagum dengan Bunohan tak habis lagi).

Dari segi equiptmen pula, lepas bincang dengan orang-orang Canon, jawapan yang kami terima POSITIF. Hah, tambah semangat aku nak jayakan projek ni.



***


Sementara menunggu beberapa perkara (jadual produksi, sponsor lain-lain dan sebagainya) semalam aku sempat singgah di KL International Book Fest di PWTC. bukan main ramai makhluk kat sana, alhamdulillah rakyat Malaysia dah mula amalkan budaya sukakan buku.

Buku hasil tulisan aku juga dah siap print, cuma tajuknya awal-awal itu hari aku habaq I MISS YOU 90s kan, tapi dah ditukar kepada AKU RINDU 90s. Hangpa yang belum dapat AKU RINDU 90s, boleh dapatkan di KLIBF pwtc (ada diskaun banyak bak hang) sehingga 6 Mei (cari Booth LEJEN PRESS & BUKU FIXI). Insyaallah dengan setiap pembelian hangpa menyumbang kepada dana untuk aku potong rambut nanti. Keh keh.

Doakan juga untuk projek indie-filem aku nanti.



- sempat jumpa Pyan Habib semalam, rembat buku dia Balada

Friday, April 13, 2012

Itu hari (dalam 3minggu lepas), gua jumpa Linglung LejenPress. Dia habaq, gua punya I MISS YOU 90s memang kena dengan crowd Lejen. Lepas tu dia suruh edit balik apa yang patut dan tambah lagi beberapa patah perkataan (gua tambah beberapa chapter). Katanya lagi, kalau dapat kejar Pesta Buku KL untuk launch pon cantik, situ crowd BEST!!

Tak mau cakap merepek banyak-banyak, nantikan gua punya I MISS YOU 90s!!

NEELOFA dan FIZO OMAR pon tak sabaq nak borong bawak balik Kelantan!

Thursday, March 8, 2012

BUNOHAN: dendam DUKUN dain said

"Kalau kau sukakan sesuatu yang art, kau akan suka Bunohan"

Itulah kata-kata seorang teman yang menonton Bunohan lebih awal (tayangan perdana) daripada aku.

Penceritaan awal filem ini sudah pasti memanggil penontonnya untuk terus mengetahui lebih lanjut, apa sebenarnya yang berlaku. Tidak seperti filem-filem sajian biasa, hiburan dan aksi dijadikan tunjang,tapi tidak untuk Bunohan. Pengarah bermain dengan watak-watak penting dengan menceritakan setiap watak dalam babak-babak awal. Ketika Adil Bunga Lalang dilarikan oleh kawannya, Muski ketika sedang berlawan di pentas (tomoi), pengarah meninggalkan tanda tanya supaya minda penonton ditarik kepada penceritaan seterusnya.

Pengenalan watak Ilham dijadikan sebagai satu kesinambungan kepada cerita Muski dan Adil tadi, Ilham perlu menghabiskan kerja 'belum siap' dengan kata lain membereskan (membunuh) Adil, yang juga adik tirinya. Pelakon-pelakon membawa watak dengan sangat berkesan, keculai dialek Kelantan yang kedengaran agak pelik oleh sesetengah pelakon. Abaikan soal dialek, yang menarik perhatian aku semestinya lelaki Siam yang memantau si pembunuh upahan, itulah Deng, lakonan Bront Palarae. Mood Siam masuk menusuk ke kepala apabila Deng berbicara.

Watak Bakar (Pekin), bagi aku Bakar seorang yang munafik, dengan kata lain hipokrit. Bersih luaran tapi hatinya busuk. Manakala Adil (Zahiril) seorang yang degil, watak seorang mamat 'gedebe' Kelantan, itulah karakternya. Ilham (Faizal Hussein) pula, pembunuh upahan yang sudah lama meninggalkan dan melupakan soal keluarga. Satu persatu watak dikembangkan sehinggalah setiap watak mencapai klimaks masing-masing. Klimaks ketiga-tiga watak utama, Adil, Ilham dan Bakar dihimpunkan sekali, walau insiden dan dramanya berbeza, seperti yang dilakukan oleh pengarah filem Kami The Movie.

Apa yang jelasnya, Dain Said sangat berani 'melompat' babak. Cerita Melayu sajian arus perdana tidak banyak yang mempertaruhkan gaya penceritaan begini. Lihat saja babak Ilham yang terbaring sakit, dan selepas itu barulah diceritakan bagaimana ianya terjadi. Inilah gaya Dain Said, gaya berani, gaya Bunohan, gaya Christopher Nolan!

Aku cukup sukakan budaya yang dikekalkan, masyarakat kampung, rumah, kedai kopi, wayang kulit, walau gelas sekalipun. Cukup realistik.


Ketika Adil keluar ke pentas tomoi, aku mula kagum dengan 'setting'nya, engarah benar-benar meletakkan penonton ke dalam mood tomoi, mood pergaduhan. Begitu juga dengan idea tanah kubur di kawasan pantai, di dalam aturan batu nisan- batu nisan, ada pula tangga simen dan tiang-tiang asal rumah. Cukup cantik. Tidak mustahillah, penonton masih melihat sinematografi yang cantik walau kebanyakan shotnya adalah wide atau menggunakan single camera sahaja, segala-galanya berpunca daripada 'setting'nya. Jika babak-babak perakapan dua subjek, Dain hanya menggunakan single camera, yang aku perasan Dain bermain dengan props untuk mencantikkan babak-babak tersebut.





Kelemahan?

Dari segi cerita/ story tiada langsung kelemahan. Cuma apabila penonton melihat babak-babak Mek Yah atau buaya jadian, ianya sedikit 'spoil', dengan kata lain, terlalu banyak untuk difokuskan. Namun ianya masih cantik, kehadiran Mekyah melengkapkan konflik filem ini. Pengarah membawa penonton benar-benar ke alam Bunohan, di mana disitulah letaknya tomoi, wayang kulit, sihir dan krisis keluarga, sahabat dan tentunya, duit. Mendengar sahabat-sahabat yang menonton bersama, mereka hanya tidak sukakan slanga kelantan yang digunakan, kerana sesetengahnya terlalu nampak dibuat-buat. Aku tidak ada masalah dengan itu, sedangkan Slumdog Millionaire mempertaruhkan Bahasa Inggeris dalam latar yang bertempat di India. Aku cuma tidak sukakan kata-kata metafora daripada Mek Yah di pengakhiran cerita, terlalu siam bunyinya, kandungannya ayat-ayatnya pula bagi aku tidak perlulah 'art' sangat. Walaupun begitu, usaha pengarah untuk mengekalkan 100% dialek Kelantan memberi impak besar sebagai satu filem yang dikekalkan budaya dan latarnya.


Apa aku yang kagum, 'storyline'nya cukup kuat dan menarik. Jarang filem Melayu meletakkan 'storytelling' dan 'storyline' sebagai tunjang market, seperti yang aku katakan tadi, Dain Said seorang yang berani. Tidak hairanlah dia berani membikin Dukun. Melihatkan market di Malaysia, kebanyakan produk mempertaruhkan aksi lawan-lawan (kebelakangan ini sebaik menyedari penonton gemar lagak pergaduhan dan bertumbuk) seperti filem KL Gangster, juga mempertaruhkan lawak-komedi, dan seram, yang nyata storyline langsung tidak diutamakan.

Memang agak flat, tapi gaya penceritaan begini memerlukan fokus dan melahirkan rasa ingin tahu penonton. Lihat sajalah Songlap dan Kami. Jadi, ketika menonton jangan harapkan keseronokan jenaka, kerana ini filem untuk berfikir, seperti aku katakan tadi, gaya Christopher Nolan, gaya non-linear, 'Social Critics' cara Dain!


Direktor: Dain Said
Pelakon: Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Soffi Jikan, Namron, Tengku Azura










Kalau tahun lepas aku katakan,

bagi aku, SONGLAP adalah filem terbaik, tahun ini aku rasakan tiada filem Melayu yang dapat mencantas Bunohan.

Akhirnya sinema Malaysia bernyawa.

Friday, March 2, 2012

i miss you 90s: chapter 6

i miss you 90s:
chapter 6


1992

Tahun itu genap 2 tahun David Acer, seorang doktor gigi Florida meninggal dunia disebabkan AIDS. Sadisnya, Acer telah menjangkitkan virus Hiv kepada 5 orang pesakitnya. Satu lagi fakta tentang Dr Acer, dia seorang gay. Umur aku ketika itu 4 tahun, nak berfikir logik pun payah. Mana faham apa itu gay, lesbian, biseksual, homokseks dan perkatan-perkataan yang seangkatan dengannya. Yang aku faham, keropok lekor, keropok keping, keropok pedas, dan apa jua jenis keropok, itu saja. Mungkin sekitar tahun itu juga James Cameron sedang menulis titanic. Mungkin juga ketika itu tiada pun yang menyangkakan kejayaan filem gay Brokeback Mountain.

Ouch, brokeback mountain!

Ouch, brokeback mountain!

Ouch, brokeback mountain!

Ouch, brokeback mountain! Menonton filem ini membuatkan aku teringatkan kisah 'innocent' ketika kepala otak aku tak mampu berfikir tentangnya. Tentang.. ah. Sukar untuk aku jelaskan bagaimana rasanya, ianya lebih teruk daripada rasa cuba memahami makna liwat atau coli. Ini lebih lagi.


Pengalaman ala-ala ‘brokeback maountain’ pernah aku alami, tapi otak aku ketika itu tidak terdaya untuk memikirkan logiknya perkara ini. Masa tu tingkatan 1, aku bersekolah di sekolah berasrama, SMACH, singkatan kepada Sekolah Menengah Sains Machang. Genap 3 September tahun 2002, umur aku mencecah 13 tahun, itulah tarikh si day-dentist David Acer meninggal dunia. Sama tarikhnya dengan tarikh lahir aku.

Aku terbaring di katil, di dorm 1902, blok A. Insomnia aku datang lagi. Aku pejam mata, sambil menyanyikan ‘happy birthday’ kepada diri sendiri. Aku pejam lagi, kali ini makin erat. Dorm 1902 senyap sunyi, maklum lah esok persekolahan akan berjalan seperti biasa. Aku pejam lagi, kali ini aku membilang biri-biri. Satu, dua, tiga, empat, sampai lah berpuluh-puluh kambing, aku masih tak mampu lelap. Sembelih aje lah biri-biri tu!

Fikiran aku dikejutkan dengan bunyi bising beberapa suara di luar dorm, suara bertelagah beberapa orang senior. Aku menyelak selimut, turun turun dari katil. Sangkaan aku benar. Aku melihat beberapa orang senior bertelagah mulut sebaik menjenguk keluar dari pintu dorm. Kejadian itu terjadi di dorm sebelah. Makin ramai senior yang keluar dari bilik. Makin ramai juga senior yang bersuara, blok A semakin dipenuhi dengan suara-suara bising pertengkaran senior. Aku melangkah keluar pintu, sifat ingin tahu mendorong aku ke dorm sebelah.

“Apa yang jadi?,” aku Tanya Aiman yang turut keluar dari dormnya.

“Entah? Tak tau?,” balas Aiman.

Aku ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga menarik perhatian ramai. Aku memasang telinga mendengar pertengkaran 2 senior. Seorang senior tingkatan 4 berkopiah, seorang lagi senior bersinglet putih, tingkatan 5, mukanya berpeluh, dan seorang lagi berkain pelikat bersandar di dinding, tidak berkata apa-apa, tapi wajahnya kelihatan marah.

“Yang kau nak sibuk apahal? Kau tu apa tau!, baru form 4 dah nak tunjuk belang”

“Aku tau apa yang kau buat, aku nampak,”

“Jadi apa masalahnya?,”

“Masalahnya, apa yang kau buat tu salah.”

“Apa salah? Apa salah?,”

“salah,”

“Kau tak payah nak tunjuk hero la, baru form 4 nak tunjuk belang,”

“Aku nampak kau lancapkan si Kerol ni. Aku nampak dengan mata aku sendiri,”

“Eh dalam tu gelap kan, yang kau nak tuduh-tuduh apahal?,”

“Sial, aku nampak la. Aku balik dari toilet tadi ambil wudhuk, aku nampak tangan kau
tengah lancapkan si Kerol,”

Pertengkaran itu berlarutan agak lama. Aku cuba membuat andaian, mamat yang berkain pelikat yang sedang bersandar itulah Kerol agaknya.

Mamat yang berkopiah itu bangun untuk solat tahajud, pulang dari mengambil wudhuk dia melihat tangan mamat bersinglet itu sedang galak ke atas dan ke bawah di dalam kain Kerol. Kerol tidak sedarkan diri, entah apa yang dimimpikan Kerol ketika itu.

Bidadari cantik dengan rupa paras Almy Nadia?

Atau Selena Gomes yang muncul di sebelahnya?

Tak kisah lah apa yang dimimpikan, Kerol tidur mati tanpa sedar anu nya dilancapkan oleh seorang teman seniornya. Sebab itulah Kerol tidak banyak bercakap, senior itu boleh dikatakan otai, badannya besar, biseps tangannya dapat dilihat dalam sarung singlet putihnya, sebab itulah mungkin Kerol hanya diam, tidak banyak melawan.
Dalam umur mentah, baru sahaja mencecah 13 tahun, aku tidak faham langsung kenapa ada lelaki nak lancapkan lelaki lain, atau nama eloknya ‘onani’.

“Apa rasa lancapkan orang?”

“Apa rasa lancapkan orang?”

“Apa rasa lancapkan orang?”

“Puas ke?”

Soalan itu berulang-ulang ditanya kepada diri sendiri. Makan masa bertahun juga untuk aku memahami perkara ni.


BERTAHUN.






Sekarang aku turut berkawan dengan golongan-golongan ini, aku tak sisihkan. Biarlah dia, diri dia, dah besar, dah boleh fikir. Cuma aku tak di ‘expose’ kan dengan kisah-kisah sebegini dalam zaman 90an. Innocent gitu.












Bront Palarae pernah cakap,
“orang begini, sisih tak akan, tapi sokong juga tak kan”.

KONGSI DENGAN RAKAN!